•October 15, 2017 • Leave a Comment

Maybe mak was right. 

I never changed for a better self.

Advertisements

Melur dan ketakutan menghadapi masa depan sendirian.

•October 11, 2017 • Leave a Comment

Ketika dalam perjalan pulang daripada roadtrip yang singkat, aku di tanya satu soalan. 

” kau paling takut apa ? ”

Aku takut mak ayah aku tak de dalam dunia.

———

Kenapa ?  Sunyi ?

Tak.. bukan sunyi. Sebab aku dah biasa sendiri. Sunyi tak mematahkan aku. Sengat sunyi dah tak meracuni aku keseluruhannya. Aku dah dapat cope dengan sunyi.

Habis tu ? Kau takut mak ayah kau tak de. So maksudnya kau takut being alone.

Sendirian ?
Tak. Aku bukan takut aku sendirian. Sebab aku dah biasa sendirian.

——–

Aku tengok wajah mak yang semakin menua. Bawah matanya ada lingkaran gelap. Kulit tangannya semakin kendur. Perutnya membesar, barangkali akibat buah pinggang mak yang tinggal satu. Langkah kaki mak tak selincah dulu, maseh boleh berjalan , alhamdulillah, cuma mak akan terdengkot dengkot jalannya.

Mak mudah letih. Setiap kali aku balik daripada kerja malam, aku akan lihat mak tidur di biliknya , atau pon tertidur di sudut meja makan, aku kira terlalu mengantuk melawan mata membaca al quran.

Ayah ?

Ayah yang tahun lepas maseh boleh melompat parit kebun kelapa sawitnya , tahun ini percubaan lompat parit yang sama, tersasar terus ! Katanya bersahaja,


 “.. ah ayah sudah semakin tua …”

Aku lihat tangannya yang berdarah , seluarnya yang koyak dilutut, menggeleng kepala, seraya mengiakan.. Ya , ayah dah tua.

Ayah juga sudah kurang tenaga. Sama ada menghabiskan masa di masjid, ataupon berbaring di atas katil. Dulu ayah sentiasa lincah. Pada umur nya yang ke 68 ni, baru kelincahannya – kuat tenaga nya, semakin di tarik, perlahan..

ayah dah tua dayah. Tapi allah uji sehebat ini pada hujung usia kami… “

———

Aku takut kalau mak ayah aku tiada di dunia ni , xkan ada yang akan memayung kaseh pada aku yang serba serbi kurang.

Aku bukan lah insan yang senang di sayang dan di kasehi, perangai yang se celaka ini , siapa yang dapat menerima aku apa adanya ?

Tak ade..
Tak ade..

——–

Doa.

Doa adalah senjata yang paling mujarab.
Ketika di depan kaabah, aku hanya maukan tuhan untuk kurangkan bebanan kami sekeluarga.

Saya hanya mau mak ayah bahagia…

—–

Sedang aku mendengar celoteh mak ayah daripada kerusi belakang kereta , tiba tiba terpacul daripada mulutku ,


” apalah yang akan jadi kepada saya kalau mak ayah dah tak ade… “

Ayah diam sahaja.

Ketika kaki aku melangkah keluar daripada kereta , ayah katakan pada ku…,


” jangan takut, sesungguh nya Allah ada bersama kau!…”


aku senyum kelat , berpaling mau masuk ke rumah , air mataku berhamburan semua..

———-

Melati

•October 10, 2017 • Leave a Comment

Make your decision. 
You’re a grown up.

You can decide.

You’ re the driver.

———-

Kalau ayat ini yang di keluarkan oleh sahabat rapat kau, apa maksudnya ?
Berhari hari aku fikir tentang ini, sama ada aku patut let it go, anggap sahaja itu perbualan biasa, atau pon ini ; jadi satu peringatan buat aku.

Aku akui yang ada kalanya memang sungguh aku berpelakuan seperti budak , tapi aku tahu pada keadaan apa aku boleh berpelakuan seperti itu .

After all, aku dah dipaksa menjadi dewasa pada pada usia yang muda.

Dan mungkin sebab ini, aku jadi tak selesa, marah barangkali di ajukan perkara perkara seperti ini.

———

Dewasa ini , perasaan yang kita pernah ada dulu beransur pudar. Barangkali circle of friends kita berbeda. Atau cara kita memandang sesuatu itu tidak sama.

We should celebrate our differences, but some of the differences tear us apart.

———-

Dengar satu segmen bertajuk “aku stress” , pengisian nya banyak
 
Cumanya apa yang aku ingat ,

“You are not insane.
Its your hormone….. “

Melur dan masa silam

•October 7, 2017 • Leave a Comment

Dia berdiri tegak sebelah meja makan. Aku lihat ada takungan air di kakinya. Ah, terkencing. Aku yang sedang buka bungkusan hadiah terkesima. Tak tau mau beriaksi apa. 
“Kau dah kenapa ? Kenapa kau ni ???? !! ” tiba tiba lelaki itu menjerit kuat.

Anak tadi aku lihat terdiam.
Tergamam, diam di jeritkan begitu.

Ibu nya datang drp belakang , bawanya ke tandas.

Lalu anak tadi yang di kakinya basah dengan air kencing nya sendiri, seakan tersedar daripada lena , menangis kuat. Semahunya.

————-

Dalam tandas , kedengaran esak tangis anak tadi. Entah kenapa tak kedengaran pujuk ibunya, cuma laju bunyi air paip, jeritan dia ; bergema di telinga ku, seluruh rumah ku.

Aku jadi sebak.

Sesudah bersihkan diri dan mandi, aku hulur kan tuala ke anak tadi. Aku bawa ke bilik ku yang kecil.

Maaf, auntie tak kemas bilik lagi.

Aku keringkan rambut nya dengan tuala,..

” awak pakai shampoo baru auntie beli ? ”

Angguk dia perlahan. Mata nya merah. Bawah matanya bengkak. Hiba.

Aku menangis sambil keringkan rambut nya yang basah. Ada hantu masa lalu tiba tiba memeluk ingatan ku. Aku jadi aku yang usia ku enam tahun. Aku yang lemah.

Aku peluk tubuhnya yang kurus.

Aku bisik kan
“Awk budak baik, jangan sedih ya? ”

Aku tiba tiba mengharapkan ada insan yg perlakukan aku begitu, satu ketika dulu , waktu aku menggigil ketakutan sendirian.

————

Semuanya terasa seperti dulu. Waktu aku di jeritkan setiap kali rumah yang tak berkemas. Aku yang di tendang sekuatnya hingga terpelanting kebelakang dalam bilik air kerna bebelan mak yang tak henti henti kerna aku berbuat sepah. Sedangkan usiaku baru enam tahun.

aku memandang tubuh nya yang kurus , aku lihat ada bengkak biru pada kaki nya.

Ini kenapa? Soal ku.

Jatuh.

Ye ke jatuh ?

Dia diam.

Aku pakaikan baju nya.

Kalau awk jatuh, bekas nya bukan seperti itu.

Sambil dia menyarung seluarnya,
” kene cubit…. ”

Aku menangis.

————

Ada satu hari yang ku kira tak bernasib baik, aku tak ingat sebab apa, tapi yang pasti, itu kali pertama aku menjerit mempertahankan diri .

Selama ini aku cuma diam walau pon di sepak atau di maki dengan kata yang paling hina.

Entah kuasa apa pada hari tu , aku melawan. Aku menjerit.
Aku menjerit.
Aku menjerit.
Aku menjerit pertahankan diri.

Tersentak barangkali, dia baling botol air mineral yang maseh penuh dengan air ke pada ku. Aimnya kepada kepalaku. Mujur sahaja tersasar.

Dia lari ke dapur.

Ambil pisau.

Lari semula ke arah aku.

Kau nak kene bunuh ke  ?

Tusuk pisau ke badanku.

————

Ayah berhenti mau mengisi minyak selepas perjalan yang panjang.

Aku juga keluar mengiring ayah ke kedai serbaneka. Tapi niat ku bukan mau bayar kan minyak kereta nya.

Aku mencari air coke , dan sepapan panadol.  Teringat experiment yang aku tonton dalam utube. Implikasi coke ditambah mentos. Aku juga mau bereksperimen dalam kereta sambil ayah meneruskan perjalanan.

Bayar , dan masuk semula ke dalam kereta.

Buka panadol;  satu per satu aku makan. Sambil minum coke.

Sepapan panadol telah aku telan.
Sebotol coke telah aku minum.
Tapi , aku kira eksperimen ku tak berjaya.
Sampai rumah, aku maseh bernyawa.
Cuma bedanya , aku pening pening kepala.

———–

Aku melihat anak kecil tadi seperti aku yang dulu. Cumanya aku, maseh bertahan sampai usiaku yang hampir 30 tahun. Walaupon bukan senang nak cope dengan hidup, tapi aku maseh cuba berdiri walau sekejam mana datang ujian tuhan bagi.

Anak itu ?

Usianya baru 6 tahun. Terbentang luas lagi kehidupannya.

Aku tak mau dia mengalami hidup yang sama seperti aku.
Aku tak mahu dia dia mengharungi jerih kehidupan seperti aku.

Aku mahu kan dia jadi wanita yang pandai dan sentiasa gembira.

Melihat dia , buat aku teringat masa kecilku yang aku cuba padam kan daripada memori gelapku.

————

Kak, saya banyak tak ingat waktu saya kecik kecik.

Macam ada void ; memori tu hilang.
Compress.

Tapi saya ingat apa yg saya perlu ingat.

Cuma saya tak mau ingat apa yang tak perlu ingat.

———-

Tuhan.
Bantulah anak kecil itu jadi insan yang bahagia; dunia akhiratnya.

 
Hana Book Review

Let's talk about books

Shafiqolbu

Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

siri gajah duduk

the dreamer

Genta Rasa

KUATKAN FIKIR, TINGKATKAN ZIKIR