antibiotik

•October 28, 2009 • Leave a Comment

mencari bintang yang tersembunyi di balik sinaran yang terang, mencari jalan untuk ketemu dia yang belum pernah jumpa, mengutip masa yang telah terlewat, menconteng 6 tahun yang telah lalu, menangisi pergi nya seorang sahabat.

kadang menyesal apa perbuatan yang kita x boleh buat dan tak kan boleh buat, tapi kau kata, “kau tak patut menyesal, sebaliknya kau boleh buat berjuta bende lagi daripada hanya beberapa perkara yang kau telah di inhibit utk lakukan.” kau yang kata,bukan aku. jadi kenapa perlu pergi? gila tak bermakna langsung.

aku doa yang baik baik je untuk kau, setiap masa,betul. jadi, jangan panggil aku hipokrit atau munafik kerna mengingati kau, kerna kau orang yg berbekas dihati aku. betul, aku tak tipu, kau antibiotik aku, cukup untuk hilangkan selsema, benar, tapi buat aku addictive.

selamat hidup sahabat, moga kau terus hang on.

currently listening to:
hold on_jet

exm

•October 14, 2009 • Leave a Comment

setiap saat kejar kejar. setiap saat macam berdetik 18X lagi laju. gila laju. gila tak best. gile ketinggalan, dan aku yang gila.

kau tahu, asaimen yang menggunung, tutorial yang banyak ayat ayat, lecturer yang jerit jerit kat telinga, semacam die yang kecik tuh ada kuasa halilintar yang boleh buat aku pekak.

errr.. tak miss, saya tak kutuk cik pun, walaupun cik suke jerit jerit dan hanya pay attention to the boys, saya tak kesah, janji cik bagi saye A je.. err… cam susah je >.<”

ok.2minggu aku bakal duduk kat kerusi dewan peperiksaan, buat muka konon kool, tapi berdebar. dan soklan biase kite tanye kat kawan kita…

“kau dah blaja?”

kawan jawab ” aku tak sure aku baca pe”

yaaaaahhh riitteee

aku pon jawab bende yang sama.selalunya. dan kadang2 mmg aku tak sure pon.

papehal pun. gudluck people, i wish u all the best.

====================================================

hati semacam sakit. ada banyak mende yang tak dapat, dan kadang kadang mende yang tak dapat tuh bakal musnahkan kau. perlahan lahan.

====================================================

currently listening to:

landing in london 3 doors down

senyap.

•October 10, 2009 • Leave a Comment

berubah. ya sedang cuba. dan tapi kadang aku takut aku bakal paling kebelakang, dan lari kearah kealpaan. dan aku takut segala perubahan yang aku cuba lakukan ini sia sia sahaja.

tolong dyh, jgn.

go ahead,play with it.

•October 7, 2009 • Leave a Comment

tuhan menciptakan manusia dengan banyak sebab. dan antara sebab hadirnya manusia manusia dalam hidup kita, mereka ini saling mengimbangi. ada orang yang kau benci sangat, dan ada orang yang kau sayang sangat. dan kehadiran manusia manusia ini adalah saling mengimbangi perasaan kau. tuhan takkan jadikan sesuatu tanpa sebab bukan?

dan kehadiran manusia manusia ini mengajar kau tentang banyak perkara, termasuklah fii’l atau perlakuan mereka sendiri, hatta sifat sifat mereka. manusia datang dan pergi dalam hidup kau, sama ada bermakna atau pun tidak, pasti bagi impak pada kau walau seminima mana, atau semaksima mana. sebab pe? sbb tuhan jadikan kita tak sia sia

setiap mende yang kita belajar daripada manusia sekeliling seharusnya digunakan untuk menjadikan diri lebih baik, dan mencontohi apa yang patut. dan dalam setiap hal ini kita pasti kena peka dan bersyukur kerna kau sebagai makhluk adalah yang terpilih sebagai khalifah allah dimuka bumi. dan persoalannya, bagaimana kau guna setiap amanah yang diberi utk keredhaannya.

dah kata dasar manusia, tiada yang sempurna. tegurlah aku jika salah, dan tolong lah aku sekiranya aku dalam kesusahan. hidup ini adalah putaran. apa yang diatas pasti akan merasa apa rasanya apabila berada dibawah, dan apa yang dibawah tak selamanya disitu. sebab apa? dunia ni kan berputar. karma.

====================================================

aku cuba memperbaiki hidup. mari sama sama teguhkan hati aku. hohoi!

====================================================

dan kadang, orang bila ditimpa kemalangan skit, mula menyalahkan takdir dan merajuk dengan tuhan.

====================================================

bila kome nk kawen?

•October 3, 2009 • Leave a Comment

Kau tahu.. masa gerak dengan pantas. Macam baru minggu lepas aku masuk foundation, dan alih alih sekarang aku dah nak habis belajar dah. Dan selepas ini semua ada kehidupan masing masing. Dan jangan lah leraikan ikatan persahabatan ini. Aku mahu ikatan ini terus kukuh dan berlanjutan. Dan kalau anda semua dah nak kawen, jangan lupa ajak aku. Dan kalau kamu semua dah  beranak pinak, akikah anak korang jangan lupa ajak aku sekali. Hidup ini sungguh indah kalau tahu macam mana nak raikannya bukan?

cam best je kalau dapat kad undangan kawen kome. cam besh je kalau dengar kome da ade anak? hahaa.

 

====================================================

hati aku rasa semakin terisi. adakalanya bende yang paling kita nak dan tak dapat, mesti ada hikmah di sebaliknya. belajar bersabar, dan usaha, pasti ada akan ada hasilnya.

raya

•September 26, 2009 • Leave a Comment
adik abang

adik abang

 

dan bile raya tahun ini sangat membahagia kan okayh?

slmt hari raye!

•September 15, 2009 • Leave a Comment

saya tak berapa tinggi. tak berapa cerah, berbadan besar, dan bertulang besar. malah, punya masalah pertuturan apabila berhadapan dengan lelaki lelaki kachak, malah kadang kadang dengan wanita wanita yang ayudan electric juga saya gugup berdepan mereka. saya bukan bi, saya straight je. serius.

tapi kesah apa?  marilah nikmati setiap saat dalam kehidupan dengan kegembiraan. mati itu paling dekat dengan kita, dan masa yng tertinggal itu adalah yang paling jauh. manusia berubah. dan sekuat mana kau kata kau masih sama, pasti kau terlupa, yang masa telah mengubah kau. sedang kan batu boleh menghasilkan lekuk jika berterusan tetes air jatuh atas nya, apatah lagi manusia yang fragile.

-================================================================================

saya mengucapkan selamat hari raya,

maaf atas segala kesilapan , terguris hati kalian mungkin, dan segala lawak2 bodoh, lawak2 lucah smua,
dan atas segala apa jua mungkin yang anda tak boleh terima. maaf. setiap anda adalah cahaya yang menerangi hidup saya. sungguh. tak tipu.

selamat hari raya, maaf zahir batin.
nurulhidayah <33

sumpah. itu aku je

•August 18, 2009 • Leave a Comment

kalau sentiasa berada di bawah sumpahan. dan setiap titis tangisan seorang ibu itu adalah satu bencana dalam hiudp, dan ketidak berkatan .. kau rasa apa yang patut aku buat? pergi mati je ke ? atau menginsafi diri dengan setulus hati tapi tanpa berkat?

hidup yang sendiri tak pasti, dan kata kata yang sentiasa menusuk jiwa, aku rasa hidup umpama di atas angin, kalau aku sedar, aku akan berpaut kuat, kalau aku tak sedar, aku akan pergi melayang. hidup yang aku sendiri tak pasti apa..dan keliru apa dan bagaimana utk teruskan.

•August 2, 2009 • Leave a Comment

sumbat telinga dengan headphone. pasang lagu kuat, takpe, biar senyap bunyi luar. tak pe, biar tak dengar apa apa. hanya music yang mengasingkan diri dengan kenyataan hidup. dengar lagu kuat kuat best ape? rase naturally high. kalau tak percaya, try ah.

tahila

•July 16, 2009 • Leave a Comment

orang tikam belakang kita senang je. tak kira dengan menggunakan apa tools jua sekalipun, kalau dah nawaitu nya nak tikam belakang kita kasi mampus, memang akan buat.

dan aku paling tak tahan yang orang pura pura baik depan aku, konon cakap baik baik, konon cakap manis manis tapi sebenarnye kemanisan die seperti buruk nya nama kueh “taik itik”. manis,sedap, tapi nama kau yang akan busuk. dah kata kawan, kalau kau tak puas hati atau dengki, silakan cakap di depan aku dan lempar kan sahaja apa yang kau tak puas hati, tak payah simpam simpan sampai busuk. kau tak payah nak tampal muke pelakon konon nk jadi comel mcam miley cyrus. adoi la.

========================================================

tapi seutuh nya persahabatan itu berlandaskan banyak perkara yang kau kadang ambil remeh saja. dan kadang kadang keremehan itu yang membuat kita lebih rapat dan lebih akrab. ayat yang simple umpama “ gudnite, takecare ” juga boleh menceriakan hari seseorang. tak perlu apa apa. yang cuma ingatan yang ikhlas.

==========================================================

hidup macam aiskrim x? tidak lah.